8.47 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar di seluruh dunia

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan 250 juta dos. - Foto 123rf
Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan 250 juta dos. - Foto 123rf
A
A
A

JUMLAH dos vaksin Covid-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 8.47 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.61 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1.3 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 475 juta dos vaksin.

Jepun mencatat lebih 198 juta dos didaftarkan, sementara Turki melebihi 121 juta.

Jerman, Mexico dan Perancis mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan 250 juta dos.

Ini diikuti Thailand dengan lebih 96 juta, Filipina 94 juta, dan Malaysia 54 juta, dan Singapura dengan lebih 9 juta dos vaksin sudah didaftarkan.- Awani

Artikel Berkaitan: