'Warden sepatutnya bukan daripada guru’

Muka depan laporan Sinar Harian pada Sabtu lalu.
Muka depan laporan Sinar Harian pada Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Dr Maszlee Malik (PH-Simpang Renggam) menyokong cadangan Kesatuan Perkhidmatan Kebangsaan (NUTP) agar jawatan warden diwujudkan secara khusus dan dilantik kepada perjawatan khas.

Bekas Menteri Pendidikan itu berpandangan, warden sepatutnya bukan diambil daripada kalangan guru yang sibuk mengajar di waktu sidang persekolahan.

“Yang diberikan elaun serendah RM240 semata-mata sedangkan kerjanya 24 jam.

Wujudkan jawatan khas warden untuk mereka dedikasikan menjaga asrama dan kebajikan murid,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) 2022 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat pada Isnin.

NUTP pada Ahad meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan secara serius perjawatan warden asrama bagi sekolah berasrama penuh (SBP) dan asrama harian untuk menangani masalah yang sering timbul, termasuk kes buli.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang dilaporkan berkata, jawatan baharu seperti warden sepenuh masa di sekolah asrama yang dicadangkan kesatuan itu bukan terhad di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan (KPM) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA), tetapi di bawah bidang kuasa JPA.

Dalam pada itu, Maszlee turut membangkitkan mengenai status program ziarah cakna, keciciran sifar, ‘zero reject policy’, dan pendidikan untuk semua yang diperkenal olehnya semasa menjadi Menteri Pendidikan.

Artikel Berkaitan:

“KPM sewaktu saya berada di sana telah melancarkan pelbagai inisiatif zero reject policy, ziarah cakna, keciciran sifar dan juga pendidikan untuk semua.

“Maka hasilnya boleh dirujuk kepada dokumen pencapaian KPM semasa kerajaan Pakatan Harapan di mana pada tahun 2019 kita telah berjaya membawa kembali 4,369 pelajar atau murid tercicir kembali ke sekolah,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Wujudkan segera jawatan warden asrama sepenuh masa