Covid-19: Kes turun kepada 3,490 hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Jumlah kes harian baharu Covid-19 di negara terus mencatatkan penurunan apabila sebanyak 3,490 kes dilaporkan pada Ahad berbanding 4,626 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,691,639 kes.

“Daripada 3,490 kes harian yang dilaporkan pada hari ini (Ahad), sebanyak 69 kes (dua peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Baki 3,421 kes (98 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes harian itu, 14 kes merupakan kes import yang melibatkan 11 warganegara dan tiga bukan warganegara.

Beliau berkata, kes tempatan pula melibatkan 3,476 kes iaitu 3,322 warganegara (95.6 peratus) dan 154 bukan warganegara (4.4 peratus).

“Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ialah 407 kes dengan 341 kes disahkan Covid-19 manakala 66 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Sebanyak 216 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan 135 kes disahkan Covid-19 manakala 81 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, sebanyak 5,399 kes sembuh pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 2,601,908.