Video tular: Tidak bayar tambang bas punca perselisihan faham

Tangkap layar video tular memaparkan perselisihan faham antara pemandu bas dengan seorang wanita. (Gambar kecil: Raub)
Tangkap layar video tular memaparkan perselisihan faham antara pemandu bas dengan seorang wanita. (Gambar kecil: Raub)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Insiden perselisihan faham tular di laman sosial baru-baru ini dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati kerana tidak membayar tambang membabitkan seorang wanita dan pemandu bas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, berdasarkan siasatan awal, kejadian membabitkan sebuah bas henti-henti bandar raya ini, berlaku pada kira-kira jam 9.10 pagi, Khamis lalu.

"Seorang wanita tempatan berusia 31 tahun telah tampil membuat laporan polis pada hari yang sama menyatakan telah dimarahi individu yang merupakan pemandu bas yang dinaikinya.

"Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati kerana mangsa tidak membayar tambang bas sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Raub, mangsa tidak mengalami kecederaan dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat.

Kenyataan media IPD Johor Bahru Selatan mengenai video tular perselisihan faham antara pemandu bas dan seorang wanita.
Kenyataan media IPD Johor Bahru Selatan mengenai video tular perselisihan faham antara pemandu bas dan seorang wanita.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi terus IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu tular video berdurasi 49 saat di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita berselisih faham dengan pemandu bas di kawasan Johor Bahru.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!