Polis rampas 12.92kg kanabis dalam stor TNB

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis merampas sebanyak 12.92 kilogram (kg) dadah jenis kanabis bernilai RM32,315 yang ditemui di dalam stor simpanan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Kerinchi, Pantai Dalam di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abd Shukor berkata, buat masa ini pihaknya sedang menyiasat sama ada kakitangan TNB terbabit dalam kes itu.

"Pemeriksaan menemui tiga beg mengandungi dadah jenis kanabis dianggarkan seberat 12,926 gram.

"Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields masih lagi menjalankan risikan serta siasatan bagi mengenalpasti ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan yang diperoleh," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Amihizam memberitahu, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada seramai 4,308 pengguna.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan dengan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati," katanya.

Artikel Berkaitan: