Polis cari saksi penting kes dadah

BUKIT MERTAJAM – Polis sedang mengesan seorang wanita bagi membantu menyelesaikan kes perbicaraan melibatkan dadah yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Butterworth.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, wanita berkenaan merupakan saksi penting dalam kes terbabit dan diperlukan untuk hadir ke mahkamah pada 10 dan 11 November ini.
Menurutnya, saksi yang dicari ialah Nazatul Syuhada Ali, 30, seorang warga tempatan yang mempunyai alamat terakhir di Bukit Tengah, di sini.
“Wanita berkenaan diminta hadir ke Mahkamah Tinggi Butterworth pada jam 8 pagi bagi membantu menyelesaikan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sedang dalam perbicaraan,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan wanita berkenaan tampil membantu pihak polis.
"Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Norfirdaus Azimi Roslan menerusi talian 013-4369489," katanya lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

