KKM selaras semula pembelian ubat antiviral

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyelaraskan semula keperluan pembelian ubat antiviral bagi rawatan pesakit Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ia selepas perkembangan terkini apabila syarikat AstraZeneca dan Pfizer telah mengumumkan mengeluarkan ubat khusus untuk rawatan Covid-19.

”Pembelian itu mengikut jumlah peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM172 juta,” katanya semasa penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang menggesa agar kerajaan tidak ’melonggokkan’ pembelian ubat antiviral Covid-19 kepada satu syarikat sahaja.

Pada Oktober lalu, kerajaan melalui KKM menandatangani surat akujanji pembelian ubat antiviral Molnupiravir dengan Merck Sharp & Dohme (MSD).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, melalui perjanjian itu kerajaan bersetuju untuk membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap untuk merawat pesakit Covid-19.

Sementara itu, Dr Noor Azmi menjelaskan, pengumuman pembelian ubat antiviral pada masa itu adalah kerana hanya ubat Molnupiravir sahaja diumumkan oleh UK Medicine and Healthcare Products Regulatory Agencies sebagai ubat antiviral untuk merawat Covid-19.

Artikel Berkaitan: