Terperosok bawah tayar belakang lori

Lelaki maut selepas merempuh kanan lori lalu terperosok bawah tayar belakang kenderaan berkenaan.
Lelaki maut selepas merempuh kanan lori lalu terperosok bawah tayar belakang kenderaan berkenaan.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang lelaki maut selepas merempuh kanan lori lalu terperosok bawah tayar belakang kenderaan itu di Kilometer Jalan Teluk Intan - Klang, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, Mohd Sapawi Mohd Sukaimi, 55, maut di lokasi kejadian dipercayai akibat parah di bahagian kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Deputi Suprintendan Lim Chee Khoon berkata, pemandu lori jenis Hino berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati lori itu dari arah Klang menuju ke Setiawan manakala mangsa dari arah Sabak Bernam menuju ke Hutan Melintang," katanya.

Menurutnya, kemalangan berlaku semasa pemandu lori meletakkan kenderaannya di bahu jalan untuk berehat kira-kira jam 11.40 pagi.

"Tidak lama selepas itu, mangsa yang tiba di lokasi kejadian dipercayai gagal mengawal motosikalnya sebelum melanggar bahagian kanan lori itu.

"Kemalangan mengakibatkan mangsa terperosok bawah tayar belakang lori itu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Chee Khoon berkata, mayat mangsa yang berasal dari Kampung Kebun Baru, Hutan Melintang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.