Gagal memotong, lelaki maut motosikal langgar tayar lori

Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya melanggar tayar belakang sebuah lori selepas dipercayai gagal memotong kenderaaan tersebut di Kilometer 142, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan pada Jumaat.

A
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya melanggar tayar belakang sebuah lori selepas dipercayai gagal memotong kenderaaan tersebut di Kilometer 142, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun maut di lokasi kejadian berikutan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori satu jenis Hiace yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 37 tahun dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, lori terbabit membelok ke simpang di sebelah kanan menghala ke Perumahan Taman Pinggiran Netas seterusnya didatangi sebuah motosikal jenis Yamaha Y15zr yang ditunggang oleh mangsa dari arah bertentangan.

“Berdasarkan kepada keterangan saksi yang melihat kejadian, motosikal tersebut dipercayai sedang memotong di laluan kiri sebuah lori lalu melanggar bahagian tayar belakang sebelah kiri lori tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Lelaki berusia 16 tahun maut apabila motosikal ditungganginya melanggar tayar belakang sebuah lori selepas dipercayai gagal memotong kenderaaan tersebut di Kilometer 142, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan pada Jumaat.

Mohd Azhar berkata, akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau boleh hubungi Cawangan Trafik IPD Temerloh di talian 09-2716086.

"Kita juga meminta orang ramai terutama sekali pengguna jalan raya supaya peka dan lebih berhati-hati semasa memandu serta mematuhi segala peraturan serta papan tanda jalan raya," katanya.