adidas, LaLaport BBCC anjur festival kecergasan Black Friday

Festival anjuran adidas Malaysia dengan kerjasama LaLaport BBCC bermula hari ini hingga 29 November.
Festival anjuran adidas Malaysia dengan kerjasama LaLaport BBCC bermula hari ini hingga 29 November.
A
A
A

SHAH ALAM – Orang ramai berpeluang menyertai pelbagai aktiviti kecergasan termasuk yoga, Pilates, Latihan Intensiti Tinggi (HIIT) dan tarian kecergasan menerusi festival Black Friday NightFit Festival di LaLaport BBCC, bermula hari ini hingga 29 November ini.

Festival anjuran adidas Malaysia dengan kerjasama LaLaport BBCC itu turut menampilkan sesi latihan hibrid, persembahan DJ secara langsung serta pelbagai pengalaman interaktif sepanjang tiga malam penganjurannya.

adidas dalam satu kenyataan berkata, acara yang berlangsung di Rooftop Garden, Aras 4, LaLaport BBCC diadakan setiap hari dari jam 6 petang hingga 11 malam.

“Festival dimulakan pada Jumaat dengan sesi latihan hibrid berintensiti tinggi yang menampilkan kasut adidas Adizero Dropset Pro, bagi menguji kepantasan, kekuatan dan daya tahan peserta.

“Pengisian diteruskan pada Sabtu menerusi aktiviti yoga matahari terbenam dan HIIT, manakala Ahad menampilkan Mat Pilates, senaman aliran teras serta tarian kecergasan,” katanya di sini pada Jumaat.

Menurutnya, selain aktiviti senaman, peserta turut berpeluang menikmati persembahan DJ bermula 9 malam setiap hari bagi memeriahkan suasana selepas sesi kecergasan.

Dalam pada itu, pengunjung LaLaport BBCC juga boleh menikmati kemeriahan jualan Black Friday dengan waktu operasi beli-belah dilanjutkan hingga tengah malam.

“adidas turut menawarkan diskaun sehingga 70 peratus di premisnya yang terletak di Aras 3 (L3-13A/13B), sekali gus memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan barangan sukan pada harga menarik.

“Tiket penyertaan festival dijual pada harga RM13 seorang atau RM10 setiap seorang bagi mereka yang hadir bersama rakan,” ujarnya.

Tambahnya, tempat adalah terhad dan orang ramai boleh membuat pendaftaran menerusi pautan yang disediakan penganjur.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti akaun Instagram @adidasMY.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!