X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

8.07 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar seluruh dunia

Covid-19 suntikan Foto 123RF
A
A

JUMLAH dos vaksin Covid-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 8.07 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.51 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1.25 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 460 juta dos vaksin.

Jepun mencatat lebih 197 juta dos didaftarkan, sementara Turki melebihi 120 juta dos.

Jerman, Mexico dan Perancis mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 238 juta dos sudah didaftarkan.

Ini diikuti Thailand dengan lebih 93 juta, manakala Filipina 89 juta dan Malaysia lebih 53 juta.

Singapura pula sudah mendaftar lebih 10 juta dos vaksin Covid-19. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!