X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Perlu beri cuti am bergaji kepada pekerja: MEF

Kenyataan MEF pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Syarikat bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diperuntukkan untuk memberi cuti am bergaji kepada pekerja bagi mematuhi subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) Wilayah Persekutuan.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, ia susulan pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh Wilayah Persekutuan pada Jumaat.

“Syarikat yang perlu beroperasi pada tarikh cuti tersebut boleh sama ada menggantikannya dengan persetujuan pekerja kepada hari lain sebagai cuti umum bergaji pada kadar yang ditetapkan untuk kerja hari kelepasan am.

“Harap maklum bahawa cuti umum tersebut pada 3 Disember 2021 adalah bukan di bawah bidang kuasa Seksyen 60D (1) (b) Akta Pekerjaan 1955 kerana ia diisytiharkan di bawah Seksyen 9 (2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 dan tidak diisytiharkan di bawah Seksyen 8 Akta 1951,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan Jumaat sebagai Cuti Khas Peristiwa sempena kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'azim (JDT) pada Isnin.

Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata, jika syarikat menyambut cuti umum itu dan hari berkenaan ialah hari rehat pekerja, maka syarikat hendaklah memberikan cuti am bergaji selepas hari rehat pekerja itu.

Menurutnya, peraturan tersebut telah ditetapkan menurut Seksyen 60D (1) Akta Pekerjaan 1955.

“Syarikat juga dinasihatkan supaya menurut Seksyen 60D (2) daripada Akta Kerja 1955 iaitu pekerja yang tidak hadir bekerja pada hari bekerja sejurus sebelum atau selepas cuti umum tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada majikannya tidak berhak mendapat apa-apa gaji hari kelepasan untuk cuti atau hari kelepasan berturut-turut.

"Melainkan dia mempunyai alasan munasabah untuk ketidakhadiran tersebut,” ujar beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!