Piala Malaysia: Wilayah cuti Jumaat

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan hari pelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat sempena meraikan kemenangan Kuala Lumpur FC (KL City) pada piala akhir Piala Malaysia, malam tadi.

Shahidan berkata, pengumuman itu dibuat selaras dengan Subseksyen 9(2) Akta Hari Pelepasan Am 1951 (Akta 396) Wilayah Persekutuan.

"Kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik KL City bagi Piala Malaysia edisi 100 tahun," katanya dalam sidang akhbar di Tangga Putrajaya, dekat sini, pada Rabu.

Ditanya mengenai imbuhan yang bakal menjadi habuan pasukan KL City, beliau berkata, ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Saya memahami mereka yang bermati-matian berjuang bagi memastikan kejuaraan, kita akan umum bila tiba masanya," ujar beliau.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, KL City mengakhiri kemarau 32 tahun untuk muncul juara Piala Malaysia selepas membenam Johor Darul Takzim (JDT) 2-0.

Kali terakhir KL City merangkul piala tertua di Malaysia itu ialah pada 1989.

Artikel Berkaitan: