Tuanku Muhriz tidak berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Deepavali Negeri Sembilan

SEREMBAN - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2026 Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini pada Sabtu.
Bagaimanapun, Undang Luak Rembau, Datuk Hassan Ab Hamid dan Undang Luak Jelebu, Datuk Azrin Khairi yang pelantikannya tidak dipertikaikan, hadir pada majlis terbabit.
Majlis berlangsung dalam suasana harmoni dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim serta barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan saja daripada kerajaan, tetapi juga pembangkang.

Mereka dilihat saling bertegur sapa dan bergambar antara satu sama lain, sekali gus memperlihatkan keakraban dalam kalangan wakil rakyat yang hadir.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim.
Sebelum ini, media dimaklumkan bahawa Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud akan berangkat ke majlis tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

