X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Jepun sahkan kes pertama varian Omicron

Jepun mengesahkan kes pertama varian Omicron telah dikesan di negaranya.
A
A

TOKYO - Jepun mengesahkan kes pertama varian Omicron telah dikesan di negara ini, melibatkan seorang lelaki yang pulang dari Namibia, menurut sumber kerajaan pada Selasa, lapor Xinhua.

Lelaki berusia 30-an itu disahkan positif varian itu ketika menjalani ujian saringan di lapangan terbang Narita pada Ahad.

Pada Isnin, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata, kerajaan melarang kemasukan semua warga asing berikutan kebimbangan mengenai varian baharu Covid-19 itu.

Langkah tersebut telah dilaksanakan bermula Selasa selama sebulan, mewajibkan rakyat tempatan dan warga asing dengan status pemastautin yang balik dari kawasan berisiko tinggi perlu menjalani kuarantin selama 10 hari di kemudahan ditetapkan kerajaan. -Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!