X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Lebih 300,000 individu di Selangor belum divaksin

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kira-kira 348,890 individu daripada keseluruhan 5,120,900 penduduk di negeri Selangor yang berusia 12 tahun ke atas masih belum divaksin setakat 22 November 2021.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pemberian vaksin Covid-19 masih lagi berjalan bagi populasi remaja 12 hingga 17 tahun.

"Bagi kumpulan remaja yang sukar untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), proses pemberian vaksin sedang berjalan melalui program jangkau luar (outreach) oleh pasukan Outreach Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysian Medical Relief Society (MERCY) dan The Islamic Medical Association of Malaysia's Response and Relief Team (IMARET)," katanya ketika sesi Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke -14 di sini pada Isnin.

Mariah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Elizabeth Wong Keat Ping (PKR-Bukit Lanjan) mengenai jumlah penduduk Selangor dari umur 12 tahun dan ke atas yang belum divaksin.

Dalam pada itu, Dr Siti Mariah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang berkata, mengikut anggaran populasi penduduk di Selangor, seramai 94 peratus yang berusia 18 tahun ke atas telah divaksinasi sekurang-kurangnya dos pertama.

Menurutnya, sebahagian kecil yang belum divaksinasi pula tergolong dalam kategori tidak boleh menerima vaksin atau mempunyai kontraindikasi kepada vaksin Covid-19 manakala selebihnya golongan menolak vaksin.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!