X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

'Pastikan tidak berlaku ketirisan'

Hasanuddin Mohd Yunus
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus mengesa semua ahli Parlimen dapat memastikan tidak berlaku ketirisan dalam setiap sen yang dibelanjakan untuk kepentingan pertahanan negara.

Beliau berkata, gesaan itu turut diutarakan kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang Dewan Rakyat pada Khamis agar tidak berlaku rasuah dan pembaziran dalam bajet yang diluluskan kepada kementerian berkenaan.

“Saya mengajak kita semua, pembuat-pembuat dasar untuk memastikan kita benar-benar serius dan ikhlas dalam menjamin setiap sen diluluskan di Dewan (Rakyat) yang mulia ini dibelanjakan untuk kepentingan pertahanan negara tanpa ada rasuah, ketirisan, pecah amanah dan pembaziran.

“Kita mahukan keselamatan anggota tentera yang mempertaruhkan nyawa untuk negara, diambil serius,” kata Hasanuddin yang juga merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa pembentangan Belanjawan 2022 memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM16 bilion kepada Kementerian Pertahanan dengan sejumlah RM1.6 bilion diperuntukkan bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan aset utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!