100 hari penuhi keperluan rakyat Inisiatif KKMM

A
A
A

Jalinan kerjasama syarikat telekomunikasi, kementerian dan MCMC menerusi program JENDELA.
Jalinan kerjasama syarikat telekomunikasi, kementerian dan MCMC menerusi program JENDELA.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah membuka ruang yang lebih luas kepada penggunaan teknologi digital dalam kalangan industri dan rakyat secara menyeluruh.

Bertepatan dengan fungsinya sebagai sebuah agensi pengurusan maklumat dan perhubungan awam kerajaan yang terunggul, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) terus memainkan peranan jitu sebagai pelopor agenda negara yang menyebarkan berita dan maklumat sahih kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

KKMM sentiasa bersedia menyempurnakan misi untuk menegakkan dan mempertahankan kewibawaan kerajaan dan negara sebagai satu komitmen kepada rakyat.

Oleh itu, kementerian melalui menterinya, agensi, jabatan dan seluruh kakitangan komited menyahut cabaran yang ditetapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi prestasi pencapaian Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari, bermula 30 Ogos hingga 8 Disember 2021.

Dalam memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat, KKMM menggariskan tiga teras daripada enam teras utama yang perlu dicapai menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sempena AKM 100 Hari iaitu Menstruktur Semula Ekonomi, Meningkatkan Kesejahteraan Sosial dan Mempertingkatkan Infrastruktur Menyeluruh.

TERAS 1: MENSTRUKTUR SEMULA EKONOMI

Artikel Berkaitan:

Pembukaan semula aktiviti-aktiviti Industri Kreatif di Fasa 1 hingga Fasa 4 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan menerusi program-program Pakej Rangsangan Industri Kreatif (PRISMA) dan PEMULIH yang menyediakan kemudahan pembiayaan, akses dan promosi serta pembangunan kapasiti dalam membantu kelangsungan dan kelestarian penggiat dan pemain industri kreatif.

TERAS 2: MEMPERKASA PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Melalui teras ini, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Industri Kreatif Digital dan Syarikat Industri Digital dibantu dengan penyaluran geran daripada peruntukan RM40.48 juta.

TERAS 3: MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN SOSIAL

Menyediakan lebih pilihan mengakses internet menerusi penawaran perkhidmatan telekomunikasi yang mampu milik kepada rakyat. 100,000 penerima Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia (pra bayar) disasarkan bermula 15 Oktober 2021 hingga 9 Disember 2021.

Bagi memastikan rakyat tidak ketinggalan dalam gelombang pendigitalan, kerajaan meletakkan asas bagi transformasi negara ke arah ekonomi digital yang lebih maju. Perkara itu merupakan agenda utama warga KKMM di bawah seliaan Menterinya, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar (kiri) ketika sesi lawatannya di Menara SMA Serian, Sarawak.
Annuar (kiri) ketika sesi lawatannya di Menara SMA Serian, Sarawak.

Kerajaan melalui KKMM bertanggungjawab menyediakan infrastruktur, menggalakkan inovasi dan mewujudkan ekosistem bagi menyumbang ke arah taraf hidup yang lebih tinggi untuk dinikmati oleh setiap Keluarga Malaysia.

KKMM melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meneruskan agenda mempelbagaikan aktiviti dan program dengan sasaran penglibatan rakyat di semua peringkat.

10 program pendigitalan rakyat dan perniagaan telah dijayakan oleh MDEC sepanjang AKM 100 Hari dengan setiap satunya telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu:

1. Jelajah #SayaDigital Keluarga Malaysia

2. Karnival #MyDigitalMaker 2021

3. Malaysia Digital Creativity Festival (MYDCF) 2021

4. Global Online Workforce (GLOW)

5. eUsahawan

6. AI and Data Week 2021 (AIDW 2021)

7. Geran Pemangkin 4IR (4ICG)

8. Program Inovator Digital (DIP)

9. Ekspo Go-eCommerce 2021

10. Digital AgTech

PROGRAM JENDELA

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mewujudkan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bertujuan untuk meluaskan liputan dan menambah baik perkhidmatan komunikasi demi kehidupan rakyat dari aspek sosioekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.

No Image Caption

Pelaksanaan pelan JENDELA Fasa 1 yang bermula pada September 2020 memberi fokus kepada peluasan liputan gentian optik dan pembangunan infrastruktur digital termasuk pembinaan tapak 4G baharu dan menaik taraf stesen pemancar sedia ada kepada 4G bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan 4G di seluruh negara.

Pelaksanaan JENDELA bukan sahaja tertumpu di kawasan-kawasan bandar, malah turut mengambil kira kawasan luar bandar dan pedalaman melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) termasuk di Sabah dan Sarawak serta perkampungan orang asli.

Secara umumnya, pelaksanaan semua inisiatif JENDELA ini telah bermula sejak bulan Oktober 2020 dan inisiatif dalam perancangan akan siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2022.

Bagi perkhidmatan jalur lebar yang menggunakan teknologi satelit, kini dalam proses pelaksanaan dan dijangka akan siap secara berperingkat bermula November 2021 sehingga awal tahun 2022.

- JENDELA menunjukkan pencapaian sehingga 30 September 2021 iaitu:

- Sebanyak 6.43 juta premis di seluruh negara telah disediakan akses gentian optik.

- Kelajuan jalur lebar mudah alih meningkat daripada 25Mbps kepada 31.34 Mbps.

- Peluasan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8% kepada 94.39% di kawasan berpenduduk.

- Hampir 1.2 juta pelanggan 3G sedia ada telah beralih kepada 4G dan lebih 78,000 rangkaian

No Image Caption