Najib kembali serang Tun M isu tanah

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Pertelagahan membabitkan dua bekas Perdana Menteri, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan isu ganjaran yang diterima oleh bekas-bekas Perdana Menteri (PM) semakin hangat apabila Najib dilihat kembali membuat serangan balas.

Ia susulan beberapa kenyataan Dr Mahathir yang sebelum ini membidas Najib yang membuat permohonan untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara.

Dalam kenyataan terbaharu laman Facebook rasminya, Najib menyindir Dr Mahathir yang ‘membayar’ kerajaan untuk mendapatkan tanah tepi pantai seluas 24 hektar (34 ekar) di Langkawi untuk tempoh 60 tahun dengan harga pajakan RM3,200 setahun.

Malah dakwanya, tawaran tanah di Langkawi itu diberikan semasa anak Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar (MB) Kedah.

“Masa tawaran tanah Langkawi ini diberi, anak kamu MB Kedah. Betul? Ataupun anak saya dapat tanah balak seluas 1,000 hektar seperti anak dia. Dan banyak lagi. Nanti kita keluarkan satu-persatu.

“Oh...tanah Putrajaya yang kamu kata kamu ‘bayar’ kerajaan untuk beli itu, berapa luasnya dan berapa harganya yang kamu bayar? Dan hasil jualan saham syarikat MRCB yang Pak Kadir kata dia cuma jadi proksi itu, sudah ke mana?

“Tapi baik juga atok mengaku bahawa dia lah yang pinda akta tersebut,” jelas Najib.

Najib turut menjelaskan, beliau melalui pejabatnya hanya meminta kediaman kerajaan pada tahun 2018 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagaimana peruntukan yang ada dalam akta saraan bekas Perdana Menteri 1950, bahawa akta tersebut telah diubahsuai dan diperbaiki pada 2003 dan semua kemudahan tersebut diperoleh oleh bekas-bekas Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Beliau kemudiannya diberi pilihan rumah milik kerajaan di tiga lokasi dan beliau memilih salah satu daripadanya.

“Tak ada pula saya minta kerajaan bayar RM100 juta untuk beli bagi saya ataupun saya diberitahu nilai. Dan saya juga telah membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut dan suruh kerajaan jual tanah tersebut.

“Sekiranya benar bernilai RM100 juta, sila masukkan dalam tabung untuk disalurkan sebagai pinjaman tanpa faedah bagi 20,000 penerima dengan nilai RM5,000 seorang. Apa yang saya dapat sekarang selepas sembilan tahun berkhidmat sebagai PM dan menaikkan nilai simpanan negara dari RM800 bilion ke RM2 trilion?

“Dana sekurang-kurangnya RM642 juta yang saya terima daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi secara peribadi seperti disahkan mahkamah, saya juga memberinya sepenuhnya untuk kerja CSR (tanggungjawab sosial korporat) dan program-program rakyat.

“Saya tak guna untuk peribadi saya pun. Saya pun dah tak mahu apa-apa sebab kamu asyik meroyan.

Jika saya atau keluarga saya pernah menerima apa-apa tanah dari kerajaan, sila Atok (Dr Mahathir) dedahkan.

“Tapi bagi kamu dan keluarga kamu? Tanah Langkawi tetap milik kamu. Tanah balak tetap milik keluarga kamu. Tanah Putrajaya tetap milik kamu,” katanya.