Bersatu nafi parti bakal terkubur

Sanjeevan ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas MPT Bersatu di kediaman Muhyiddin pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN/ AISYAH BASARUDDIN.
Sanjeevan ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas MPT Bersatu di kediaman Muhyiddin pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN/ AISYAH BASARUDDIN.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan bahawa parti itu bakal terkubur berikutan satu pertiga ahlinya dijangka keluar dan mengikuti jejak langkah Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat keahliannya pada Jumaat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri R Sanjeevan berkata, peringkat parti dan sayap bersekutu masih kukuh selain menyifatkan dakwaan sedemikian tidak berasas sama sekali.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa peringkat Bersekutu dan Bersatu masih kukuh. Nak kata dua pertiga ke, satu pertiga keluar ke, itu semua cerita tak betul.

"Kalau betul, tunjukkanlah nombor. Tunjukkan nama dan jumlahnya sekali," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas MPT Bersatu di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, Dr Chong Fat Full yang mengumumkan keluar daripada parti selain mendakwa Bersatu sudah terkubur.

Fat Full turut mendakwa, satu pertiga daripada ahli sayap bersekutu akan mengikuti jejak langkahnya untuk meletak jawatan daripada Bersatu.

Jelasnya lagi, tiada keperluan untuk mengemukakan pemakluman rasmi berhubung perkara itu kepada Bersatu.

Ditanya tentang kesediaan parti sekiranya Hamzah mengumumkan sesuatu yang besar dalam perjumpaan 'reset' politik dan kebarangkalian menentang Bersatu, Sanjeevan berpandangan, terserah kepada ahli Parlimen Larut itu untuk berbuat apa sahaja.

"Beliau dah dipecat daripada Bersatu, jadi beliau tiada 'locus standi' untuk bercakap mewakili parti.

Artikel Berkaitan:

"Nak tubuh parti baharu ke, ambil alih parti atau sertai mana-mana parti, itu terpulanglah.

"Hamzah bukan lagi Timbalan Presiden Bersatu, muktamad," ujarnya lagi.

Ringkasan AI

  • Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan bakal terkubur dengan keluarnya satu pertiga ahlinya
  • Sanjeevan nyatakan peringkat parti dan sayap bersekutu masih kukuh
  • Sanjeevan meminta bukti konkrit berupa nombor dan nama ahli yang dikatakan akan keluar
  • Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, Dr Chong Fat Full, mengumumkan keluar dari parti mengatakan satu pertiga sayap bersekutu akan ikut
  • Sanjeevan menyatakan Hamzah Zainudin, yang dipecat, tidak lagi mempunyai locus standi untuk wakil atau ambil tindakan atas nama Bersatu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!