Mesyuarat khas PN bincang pelantikan pengerusi minggu depan

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

KOTA BHARU – Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat luar biasa minggu depan bagi membincangkan pelantikan pengerusi baharu gabungan itu.

Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tarikh mesyuarat sedang dimuktamadkan antara 19 hingga 21 Februari, pada minggu pertama Ramadan.

“Antara agendanya termasuk pelantikan pengerusi Perikatan Nasional yang baharu.

“Kami akan bincang dalam mesyuarat, bukan di luar mesyuarat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Hayat 24 Jam Cherang, di sini, pada Sabtu.

Pada masa sama, katanya, Pas juga akan mengemukakan calon untuk dilantik sebagai pengerusi baharu PN bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan.

Beliau menjelaskan struktur kepimpinan PN memperuntukkan seorang pengerusi, timbalan pengerusi mewakili parti-parti komponen serta ahli Majlis Tertinggi yang dilantik setiap parti.

“Pas akan hadir sebagai komponen gabungan dan sebarang keputusan akan diputuskan secara bersama.

“Siapa yang akan dicalonkan atau dipersetujui, kami bincang dalam mesyuarat nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan mengadakan mesyuarat luar biasa untuk membincangkan pelantikan pengerusi baharu Mesyuarat dijadualkan antara 19 hingga 21 Februari, bertepatan dengan minggu pertama Ramadan Agenda utama mesyuarat termasuk pelantikan pengerusi Perikatan Nasional yang baharu Pas akan mengemukakan calon untuk jawatan pengerusi baharu, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin Keputusan mengenai calon baharu akan diputuskan secara bersama dalam mesyuarat tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!