Bom lama ditemukan di kebun getah peneroka Felda Jelai

Bom lama ditemukan di sebuah kebun getah peneroka Felda Jelai pada Sabtu.
Bom lama ditemukan di sebuah kebun getah peneroka Felda Jelai pada Sabtu.
A
A
A

TAMPIN - Sebutir bom lama dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di kawasan kebun getah milik seorang peneroka di Blok 4, Felda Jelai 1, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, polis menerima maklumat daripada peneroka berusia 45 tahun itu sekitar jam 5 petang.

"Sepasukan anggota telah diarahkan bagi mengenal pasti lokasi bom yang ditemukan berkenaan.

"Sebagai langkah awal, tali rintangan polis telah dipasang selepas mendapat pengesahan objek yang ditemukan adalah bom bagi menghalang orang awam daripada memasuki lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Jelasnya, bom itu adalah jenis ‘artillery shell’ berukuran kira-kira 20 sentimeter dan dipercayai merupakan bom peninggalan Perang Dunia Kedua.

“Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah berjaya memusnahkan bom berkenaan dengan selamat di kawasan kebun itu lebih kurang jam 9 pagi tadi,” katanya.

Artikel Berkaitan: