Perak peruntuk RM1.5 juta untuk 41 PPDK

IPOH – Kerajaan Perak menyediakan peruntukan khas sebanyak RM1.5 juta kepada 41 Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di negeri ini dalam Belanjawan Perak 2019.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dengan peruntukan secara bulanan atau berkala itu setiap PPDK boleh menjemput pakar dalam perkembangan awal kanak-kanak kurang upaya (OKU)
“Bagi pihak kerajaan negeri, kita sentiasa komited membantu semua persatuan dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu usaha murni membela anak-anak istimewa ini,” katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim.
Dalam pada itu, menurutnya, inisiatif kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan RM10 juta kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ‘social enterprise’ untuk menyokong usaha mereka dalam membantu komuniti yang kurang bernasib baik.
“Saya berharap pihak NGO seperti PSDP yang terlibat dalam membantu golongan istimewa dan memerlukan pembelaan akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.
“Saya juga mengharapkan NGO meneroka potensi ‘social enterprise’ susulan insentif potongan cukai pendapatan ke atas sumbangan mana-mana pihak kepada ‘social entreprise’ dengan had potongan sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat syarikat dan tujuh peratus daripada agregat individu yang memberikan sumbangan,” katanya. - Bernama
Dulu merangkak baca Iqra', kini banduan wanita hafaz lima juzuk al-Quran
Tiada lagi cahaya Deepavali selepas kehilangan anak
Sultan Perak kurnia makan tengah hari 8,960 banduan
Anis Rizana mendahului senarai 218 penerima pingat Perak
Datuk bandar mengamuk, dua doktor 'berasmara' dalam bilik berkunci ketika hospital sibuk
Pelajar UPNM bawa bapa hidap kanser tinggal di kampus
Lelaki bunuh isteri, enam ahli keluarga mangsa termasuk ibu mentua
Serangan siber: 'Sudah seminggu kami 'berkampung', berjaga-jaga demi negara'
