Kerajaan sumbang RM1 juta kepada Cuepacs, MTUC

Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Bernama
Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan memberikan sumbangan RM1 juta kepada Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Pengumuman itu dibuat sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad.

"(Pemberian sumbangan ini) kerana (kerajaan) menghormati dan mengiktiraf peranan kedua-dua kesatuan gergasi di negara kita ini.

"(Selain itu juga untuk) pastikan bahawa pengurusan lebih kemas, saya akan tambah sebanyak RM1 juta kepada MTUC dan Cuepacs," katanya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed; Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat; Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani dan kenaman-kenamaan lain.

Anwar dalam masa sama turut menggesa kedua-dua kesatuan penting bagi pekerja ini memainkan peranan sebaiknya untuk menjaga ahli mereka.

"(Sebab itulah sumbangan diberikan kerana) saya hendak lihat pengurusan kedua-dua kesatuan ini lebih cekap (dalam membela nasib pekerja)," katanya.