Peniaga Felda Chini terpaksa guna air perigi?

Loei terpaksa menggunakan air mineral untuk membuat minuman untuk pelanggannya dikedai di Felda Chini 3 di sini.
Loei terpaksa menggunakan air mineral untuk membuat minuman untuk pelanggannya dikedai di Felda Chini 3 di sini.
A
A
A

PEKAN - Akibat masalah gangguan bekalan air berikutan loji merawat air dari Sungai Mentiga yang disalurkan kepada penduduk tidak dapat beroperasi akibat paras air semakin susut memberi kesan kepada para peniaga di kawasan tersebut.

Paling terkesan adalah peniaga makanan di Gugusan Felda Chini.

Demi meneruskan jualan, peniaga-peniaga kedai makan di Felda Chini 3, Loeai terpaksa membeli air mineral setiap kali berniaga.

Mohd Noh, 28, berkata, membeli air mineral setiap hari untuk menjalankan perniagaan dan ia sedikit-sebanyak meningkatkan kos operasi perniagaannya.

Menurutnya, dia membelanjakan RM27 sehari untuk membeli tiga karton air mineral semata-mata untuk meneruskan perniagaan yang menjadi mata pencariannya sekeluarga.

“Nak buat apa lagi, kena juga beli air mineral untuk berniaga tapi kalau masalah gangguan bekalan air ini semakin meruncing... kalau dua atau tiga hari ini tiada air, saya terpaksa tutup kedai buat sementara waktu sehingga keadaan pulih.

Md Rasid Mat Ali
Md Rasid Mat Ali

“Memang ada bekalan air dihantar oleh pihak berkuasa tetapi hanya terhad untuk dua baldi setiap seorang... memang tak cukup untuk dibuat berniaga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Loeai berkata walaupun terdapat bekalan air pada waktu malam namun air itu tidak dapat digunakan untuk pelanggan kedainya disebabkan airnya kotor dan keruh.

"Air tu dapat saya gunakan untuk basuh pinggan mangkuk saja, itu pun kalau terlampau keruh saya tak berani menggunakan kerana dikhuatiri air terlalu kotor," katanya.

Dalam pada itu, bagi seorang lagi peniaga Felda Chini 1, Md Rasid Mat Ali, 65, berkata dengan ketiadaan air di sini menyebabkan dia terpaksa menggunakan air perigi di rumah penduduk.

Menurutnya, dia terpaksa berulang sebanyak tiga kali sejauh kira-kira 500 meter demi mendapatkan bekalan air bersih buat pelanggannya.

"Memang susah tiada air ini lebih lebih lagi kami sebagai peniaga yang memang sangat memerlukan air bersih untuk membasuh pinggan dan memasak air.

"Saya turut berterima kasih kepada abang Azhar pemilik perigi kerana memberi saya air secara percuma dan air perigi di rumahnya sangat bersih kerana menggunakan pam automatik untuk memproses air tersebut yang boleh saya gunakan untuk pelanggan saya.

"Saya berharap agar pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah kami ini yang telah berlarutan hampir seminggu kami tiada air..memang sengsara tiada air ini," katanya.