Kes positif Covid-19 menurun kepada 5,854

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan pada Sabtu iaitu 5,854 berbanding Jumaat sebanyak 6,060 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah 2,466,663 kes.

“Daripada 5,854 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 79 kes (1.3 peratus) adalah kategori tiga, empat, dan lima.

“Sementara itu, 5,775 kes (98.7 peratus) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 13 kes import yang melibatkan lapan warganegara dan lima bukan warganegara.

Jelasnya, kes tempatan pula adalah sebanyak 5,841 kes iaitu 5,504 warganegara (94.2 peratus) dan 377 bukan warganegara (5.8 peratus).

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 570 kes iaitu 503 kes disahkan Covid-19 dan 67 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 293 kes iaitu 216 kes disahkan Covid-19 manakala 77 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Dr Noor Hisham, sebanyak 6,715 kes sembuh dan dua kluster baharu di Jalan Puncak Iskandar, Perak serta Industri Batu Berendam Dua, Melaka dicatatkan pada Sabtu.