X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Pengamal perubatan swasta digalak terlibat pemberian dos penggalak

Lebih ramai pengamal perubatan swasta (PPS) disasar terlibat dalam pelaksanaan program vaksinasi dos penggalak vaksin Covid-19 di seluruh negara. - Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - ProtectHealth Corporation Sdn Bhd menyasarkan lebih ramai pengamal perubatan swasta (PPS) terlibat dalam pelaksanaan program vaksinasi dos penggalak vaksin Covid-19 di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata, ProtectHealth menerusi PPS akan terus membantu dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mempercepat dan memaksimumkan pemberian dos penggalak vaksin berkenaan.

“Sehingga kini, lebih 3,699 PPS telah mendaftar dengan ProtectHealth dan 2,352 fasiliti PPS beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan PICK Remaja.

“Pelaksanaan pemberian dos penggalak akan dipelopori kumpulan ini di bawah pengendalian ProtectHealth,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Justeru, ProtectHealth menggesa semua PPS yang berminat menyertai PICK, supaya mendaftar di laman web syarikat itu www.protecthealth.com.my.

Setakat 20 Oktober lepas, ProtectHealth telah menyumbang 48 peratus daripada jumlah vaksinasi di seluruh negara iaitu bersamaan 23.02 juta dos menerusi PICK. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!