Pakai semutar, kain batik kayuh basikal tua

Para peserta bergambar di Pantai Sabak sebelum memulakan kayuhan.
Para peserta bergambar di Pantai Sabak sebelum memulakan kayuhan.
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 20 peminat ‘basikal tua’ menampilkan kelainan dengan peserta lelaki memakai semutar manakala wanita berkain batik sambil mengayuh basikal sempena sambutan Maulidur Rasul, pada Khamis.

Pengerusi Kelab Basikal Tua Kelantan, Mohd Hanif Harun berkata, mereka mengayuh basikal sejauh 20 kilometer (km) bermula dari Pantai Sabak di sini hingga ke Masjid Ar-Rahman Pulau Gajah dengan mengambil masa selama 30 minit.

"Peserta terdiri daripada lelaki yang memakai semutar manakala wanita memakai kain batik. Penyertaan dimeriahkan dengan peserta berusia seawal usia 10 tahun sehingga 60 tahun. Dalam keadaan pandemik Covid-19 ketika ini, kami tidak berkumpul dan hanya merakamkan gambar sebelum memulakan kayuhan.

“Selain bertujuan mengeratkan silaturahim, tema kayuhan bersemutar dan berkain batik ini untuk memberi peringatan kepada generasi muda mengenai tradisi dan pakaian tradisional yang kita miliki, ” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Salah seorang peserta, Mohd Irwan Khauzi yang mengenakan semutar menyertai kayuhan basikal tua dari Pantai Sabak ke Pulau Gajah pada Khamis.
Salah seorang peserta, Mohd Irwan Khauzi yang mengenakan semutar menyertai kayuhan basikal tua dari Pantai Sabak ke Pulau Gajah pada Khamis.

Mohd Hanif berkata, kekangan pandemik yang melanda negara hampir dua tahun menyebabkan aktiviti berbasikal tergendala dan berharap apabila Kelantan masuk Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), banyak aktiviti kayuhan dilakukan untuk memeriahkan sukan berbasikal.

“Aktiviti berbasikal dapat memperkenalkan lokasi pelancongan dan bersejarah di Kelantan antaranya Pantai Sabak ini,” ujarnya.

Tambah Mohd Hanif, Kelab Basikal Tua Kelantan ditubuhkan sejak 10 tahun lalu.

Artikel Berkaitan: