Berani dedah nombor telefon, Shahidan terima pujian

Shahidan pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Shahidan pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkongsi nombor telefon pimpinan tertinggi kementeriannya termasuk dirinya mendapat pujian daripada ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menurut Ahli Parlimen Arau itu, tindakan 'berani' itu dibuat bagi membuktikan kementeriannya komited dalam menyelesaikan aduan rakyat khususnya membabitkan kerosakan jalan raya di Kuala Lumpur.

Tegasnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah diarah untuk memantau keadaan jalan raya di jalan berdekatan projek pembangunan dan kawasan tumpuan utama di ibu negara.

"Saya telah berbincang dengan DBKL dan mengarahkan mana-mana aduan dan rungutan serta makluman kerosakan jalan hendaklah diambil tindakan segera dalam masa 24 jam.

"Yang Berhormat boleh hubungi Menteri (019-454111); Timbalan Menteri (Datuk Seri Jalaluddin Alias) 019-6524444; serta Datuk Bandar (Datuk Bandar, Datuk Seri Mahadi Che Ngah) 016-206888.

"Kami bersiap siaga 24 jam. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa jalan berlopak dan berbahaya, hubungi dan kita ambil tindakan dalam masa 24," katanya pada sesi Penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.

P Prabakaran (PH-Batu) kemudian bangkit mengucapkan terima kasih atas tindakan berani Shahidan memberikan nombor telefon tersebut untuk dihubungi.

Artikel Berkaitan: