Rela 'tebal muka' menjaja di lampu isyarat

Wan Syariman menunjukkan produk makanan yang dijual bagi menampung perbelanjaan termasuk yuran pengajian di universiti.
Wan Syariman menunjukkan produk makanan yang dijual bagi menampung perbelanjaan termasuk yuran pengajian di universiti.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – ‘Saya nak hidup senang tapi tak nak guna duit mak ayah. Lagipun, saya dah besar dan boleh berusaha dapatkan duit sendiri. Sepatutnya masa ni saya dah boleh balas balik jasa mak dan ayah saya.’

Itu antara kata-kata seorang pelajar yang mencari rezeki dengan menjaja makanan di lampu isyarat di Kuala Terengganu.

Pelajar semester akhir jurusan perakaunan sebuah universiti tempatan, Wan Syariman Wan Mansor, 20, berkata, selain berniat untuk membantu meringankan bebanan keluarga, dia juga mencari wang lebih untuk menampung yuran pengajian.

“Kos belajar di universiti bukannya kecil, besar.. Saya ada lapan subjek. Sebuah buku sahaja bernilai RM80 hingga RM150. Yuran pengajian pula dalam RM1,200 sebulan.

“Dengan komisen yang saya dapat sebanyak RM50 sehari daripada jualan dan purata RM1,500 sebulan, ia sedikit sebanyak mampu menampung perbelanjaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: