X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Kampung orang asli di Jelebu paling banyak kes positif Covid-19

Kampung Orang Asli (KOA) di daerah Jelebu merekodkan jumlah kes positif Covid-19 paling tinggi di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 231 kes setakat Jumaat. - Gambar hiasan
A
A

SEREMBAN - Kampung Orang Asli (KOA) di daerah Jelebu merekodkan jumlah kes positif Covid-19 paling tinggi di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 231 kes setakat Jumaat.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Negeri Sembilan dan Melaka, Shahrani Idderis berkata, ia diikuti oleh Kuala Pilah sebanyak 189 kes, Jempol (125 kes), Seremban (68 kes), Rembau (42 kes) dan Port Dickson (tiga kes).

"Bagaimanapun tiada kes direkodkan di KOA di daerah Tampin setakat ini.

"Sehingga semalam (Khamis), hanya KOA di daerah Jempol masih merekodkan kes positif Covid-19 iaitu di Sungai Sompo iaitu 47 kes, selain Panchor (34 kes), Jeram Padang dan Batu Peti (2 orang)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 82.89 peratus atau seramai 6,942 masyarakat orang asli di Negeri Sembilan sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Ujarnya, jumlah itu meliputi keseluruhan seramai 8,470 orang asli yang layak di vaksinasi melibatkan sebanyak 69 KOA di Negeri Sembilan.

"Jumlah yang belum divaksin ialah 1,449 orang. Namun jumlah ini mungkin tidak tepat kerana ada antara mereka yang mungkin sudah menerima vaksin secara 'walk-in'.

"Seramai 541 orang yang kebanyakannya warga emas menyatakan mereka masih belum bersedia menerima vaksin. Saya andaikan mereka ini bukannya antivaksin tetapi hanya belum bersedia," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 12 orang asli di negeri ini meninggal dunia akibat Covid-19 dengan keseluruhan 658 orang disahkan positif wabak itu setakat Jumaat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!