Nelayan selamatkan ikan lumba-lumba

Hussin sempat bergambar dengan ikan lumba-lumba yang diselamatkan sebelum dilepaskan ke laut.
Hussin sempat bergambar dengan ikan lumba-lumba yang diselamatkan sebelum dilepaskan ke laut.
A
A
A

JERAM - Seorang nelayan sempat berbisik pada seekor ikan lumba-lumba supaya bersabar sementara menunggu air pasang selepas ditemui tersesat di perairan Pantai Remis petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Hussin Jaomar, 58, sedang berehat di bangku berhampiran pantai bersama tiga rakannya sebelum dikejutkan dengan penemuan ikan lumba-lumba itu.

“Masa tu, kawan nampak ada ikan besar macam ikan lumba-lumba dekat batu, masa tu air baru nak pasang, jadi takut ikan tu terluka, saya angkat bawa ke tempat berpasir.

“Saya angkat dan cuba selamatkan sementara tunggu air tinggi... ikan tu meronta-ronta nak pergi ke arah batu dan saya pun bisik dan cakap ‘sabar ya',” katanya.

Hussin yang menetap di Kampung Sungai Janggut itu cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan ikan lumba-lumba itu supaya tidak cedera teruk akibat terkena batu di pantai terbabit.

“Masa tu badan ikan tu dah luka-luka kena batu sebab ombak kuat. Jadi takut jadi teruk, saya cuba nak bawa ke kolam tapi air tawar pula.

"Pada masa sama, kami pun ada telefon untuk minta tolong," katanya lagi.

Setelah menunggu 30 minit dan melihat keadaan air sudah mulai pasang, Hussain dan rakannya mengangkat semula ikan itu dan bawa ke laut.

Artikel Berkaitan:

"Mula-mula ikan tu patah balik, tapi kami cuba bantu bawa semula ikan tu ke arah laut.

“Alhamdulillah, ikan lumba-lumba tu terus berenang ke laut," ceritanya lagi.

Hussain mengakui teruja kerana dapat menyelamatkan ikan yang dianggarkan seberat lebih 30 kilogram.

#kualaselangor Gempar ikan lumba-lumba ditemui tersesat di perairan Pantai Remis, petang tadi dan berjaya diselamatkan nelayan setempat. Artikel penuh: [https://www.sinarharian.com.my/article/16405/EDISI/Selangor-KL/Nelayan-selamatkan-ikan-lumba-lumba] Laporan MOJO Sinar Harian Kuala Selangor, Arziana Mohmad Azaman

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, March 5, 2019