Satu kontena udang, sotong sejuk beku disita

Sotong dan udang sejuk beku yang dirampas di Pelabuhan Klang Barat pada Ahad.
Sotong dan udang sejuk beku yang dirampas di Pelabuhan Klang Barat pada Ahad.
A
A
A

SEPANG - Sebuah kontena berisi udang dan sotong sejuk beku dari Indonesia ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Pelabuhan Klang Barat di sini pada Ahad kerana tidak mempunyai permit import yang sah.

Maqis Selangor dalam satu kenyataan berkata, penahanan tersebut dibuat menerusi pemeriksaan rutin pada jam 10.30 pagi.

"Maqis melakukan pemeriksaan terhadap kontena tersebut dan mendapati produk sejuk beku itu tidak mempunyai permit import sah yang dikeluarkan oleh Maqis," kata kenyataan tersebut pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, kesemua barang dagangan seberat 13,185 kilogram dianggarkan bernilai RM344,823 disita untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," katanya.

Artikel Berkaitan: