Tiga beranak maut, seorang lagi parah

Tiga beranak maut manakala seorang lagi penumpang cedera parah selepas kereta dinaiki terbabas di Batu 14, Jalan Apas di sini jam 9.30 pagi pada Isnin.
Tiga beranak maut manakala seorang lagi penumpang cedera parah selepas kereta dinaiki terbabas di Batu 14, Jalan Apas di sini jam 9.30 pagi pada Isnin.
A
A
A

TAWAU - Tiga beranak maut manakala seorang lagi penumpang cedera parah selepas kereta dinaiki terbabas di Batu 14, Jalan Apas di sini jam 9.30 pagi pada Isnin. 

Tiga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu ialah Sumiati Batie, 50, yang merupakan ibu kepada keluarga berkenaan serta dua anak lelakinya, Al-Mazar Madin, 30, dan Zul-Karnain Madin, 28, yang juga merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit.

Sementara itu, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga merupakan ahli keluarga berkenaanmengalami kecederaan parah pada bahagian rusuk dan perut dikejarkan ke hospital. 

Tiga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu ialah Sumiati Batie, 50, yang merupakan ibu kepada keluarga berkenaan serta dua anak lelakinya, Al-Mazar Madin, 30, dan Zul-Karnain Madin, 28.
Tiga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu ialah Sumiati Batie, 50, yang merupakan ibu kepada keluarga berkenaan serta dua anak lelakinya, Al-Mazar Madin, 30, dan Zul-Karnain Madin, 28.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kampung Bahagia, Sandakan menuju ke bandar Tawau. 

"Lelaki berusia 28 tahun memandu kenderaan manakala abangnya berusia 30 tahun duduk di bahagian penumpang hadapan.

"Ibu mereka pula berada di tempat duduk belakang sebelah kanan manakala adik perempuan duduk di sebelah ibu mereka dan cedera pada bahagian perut serta tulang rusuk,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin. 

Artikel Berkaitan:

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan saksi bebas bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan saksi bebas bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Menurut Rosdi, pemandu kereta itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan lurus sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh sebatang pokok kelapa sawit, lalu terseret sejauh kira-kira 60 meter dan terbalik.

"Pemeriksaan awal mendapati pemandu tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan terbabit ditahan bagi menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom),” katanya.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan saksi bebas bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!