Maqis rampas hampir 17 tan keratan ayam dari Thailand

Maqis merampas 16,896 kg keratan ayam dari Thailand yang tidak mematuhi syarat permit import Maqis di ICQS Bukit Kayu Hitam pada Rabu.
Maqis merampas 16,896 kg keratan ayam dari Thailand yang tidak mematuhi syarat permit import Maqis di ICQS Bukit Kayu Hitam pada Rabu.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah menggagalkan cubaan membawa masuk hampir 17 tan metrik keratan ayam sejuk beku kerana tidak mematuhi syarat permit import di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, di sini pada Rabu.

Pengarah Maqis Kedah, Hisham Abu Bakar berkata, keratan ayam dari Thailand itu dirampas hasil pemeriksaan lebih kurang jam 8 malam oleh pegawai Maqis di laluan kargo import.

Beliau berkata, sebanyak 16,896 kilogram (kg) keratan ayam dianggarkan bernilai RM132,168 cuba dibawa masuk itu tidak mematuhi syarat import iaitu batch/lot nombor tidak sama dengan dokumen diisytiharkan.

"Kegagalan untuk mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali bawah Seksyen 15(2) akta sama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hisham berkata, Maqis terus komited dalam menjaga biosekuriti makanan negara dan memastikan aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan dipatuhi.

"Maqis tidak leka dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisme dan makanan yang diimport serta dieksport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar," katanya.

Artikel Berkaitan: