X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Sarawak United sangkal dakwaan tunggakan gaji sejak Julai

Kenyataan media Sarawak United pada Jumaat. (Gambar kecil Posa Majais)
A
A

PENGURUSAN Sarawak United menafikan berlakunya masalah tunggakan gaji dalam kalangan pemain dan jurulatih kelab dari kepulauan Borneo tersebut sejak Julai lalu.

Malah menurut Pengerusi Sarawak United FC, Datuk Posa Majais, bayaran gaji semua pemain, jurulatih dan pegawai Sarawak United telah dibayar sepenuhnya.

Jelas Posa, pembayaran bagi Ogos sedang dilakukan pada ketika ini dan pengemaskini akuan Sarawak United FC sedikit 'kurang teratur' malah memerlukan penelitian memandangkan terdapat pemain yang telah memohon pendahuluan gaji Ogos terlebih awal pada bulan lalu.

“Tambahan penelitian dan kemas kini yang tepat memerlukan perhatian bagi memudahkan semua pihak yang terlibat di bahagian kewangan

“Sebagai sebuah pengurusan yang sentiasa peka dan bertanggungjawab, pihak kami sentiasa memastikan kebajikan kesemua ahli keluarga Sarawak United baik dari segala segi dan kami sangat menekankan perkara ini sebagai keutamaan.

“Biarpun begitu tidak menafikan pernah berlaku sedikit kesilapan dan kadang-kala kelewatan tapi tidak bermakna pihak kami alpa akan tanggungjawab pengurusan sesebuah kelab,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat

Tegas Posa lagi, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah membuat fitnah berkenaan perkara tersebut sehingga menjejaskan imej kelab berkenaan.

“Untuk individu terbabit, pihak Sarawak United akan mengambil tindakan undang-undang kerana lemparan fitnah ini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej kelab kami.

“Surat saman akan diserahkan kepada individu tersebut pada 27 September ini oleh peguam Sarawak United sebagai pengajaran kepada individu ini, yang sebelum ini pernah tular kerana gemar masuk campur pengurusan kelab-kelab lain yang tidak hanya Sarawak United sahaja.

“Langkah ini diambil Sarawak United sebagai peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat spekulasi yang boleh menjatuhkan Sarawak United pada ketika ini.

“Pesanan kami, tidak pasti jangan buat andaian sendiri dan boleh berhenti mencari spekulasi murahan dengan tujuan menjatuhkan sesebuah kelab,” ujarnya.

Sementara itu, Posa berharap penyokong-penyokong setia Sarawak United untuk terus memberikan sokongan padu kepada kelab berkenaan secara berterusan.

“Untuk penyokong setia Sarawak United, walaupun kami bukan kelab yang sempurna, diharapkan sokongan daripada anda akan berterusan bukan sahaja untuk perjuangan pemain.

“Tetapi juga sumber kekuatan kesemua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membina semula empayar bola sepak Sarawak ke peringkat yang boleh dibanggakan pada masa depan,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!