X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Jangkitan Covid-19 meningkat kepada 14,554 kes, Sarawak tertinggi

Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan 14,554 kes pada Jumaat berbanding 13,754 kes pada Khamis.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 setakat petang ini kembali meningkat dengan 14,554 kes berbanding 13,754 kes untuk tempoh yang sama, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam platform media sosialnya berkata, dengan angka terbaharu itu, jumlah kumulatif kes di negara kini 2,171,232 kes.

Beliau berkata, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,825 kes, disusuli Selangor (2,244), Johor (1,807), Sabah (1,273), Pulau Pinang (1,231) dan Perak (1,144).

Negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes Covid-19 pula ialah Kedah dengan 908 kes, Kelantan (910), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271) dan Negeri Sembilan (157).

Sementara itu, Perlis mencatatkan 65 kes dan Putrajaya 30 kes manakala Labuan tidak merekodkan sebarang kes setakat petang ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!