Proses ekstradisi Sajat masih berjalan: Abd Jalil

Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat
Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat
A
A
A

KUALA LUMPUR - Proses permohonan ekstradisi Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat masih berjalan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, proses ekstradisi usahawan kosmetik itu melibatkan Jabatan Peguam Negara selain pihak berkuasa Thailand masih dipergiat.

“Ya ia masih berjalan dan permohonan itu merupakan sebahagian daripada prosesnya,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan pihak berkuasa Thailand kononnya tidak menerima sebarang permohonan ekstradisi Muhammad Sajjad, 36, yang kini ditahan pihak Imigresen Thailand kerana memiliki pasport tidak sah.

Muhammad Sajjad dikehendaki di negara ini atas beberapa kesalahan jenayah antaranya menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan dan halang penjawat awam menjalankan kewajipan selain kes penipuan pertukaran nama dan jantina.

Beliau turut dikehendaki selepas waran tangkapnya dikeluarkan kerana gagal hadir di sebutan semula pertuduhan kerana berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Artikel Berkaitan: