Lapan pelajar UMK terima sumbangan komputer riba

Lapan pelajar UMK menerima komputer riba yang disumbangkan oleh syarikat Celcom Axiata Berhad pada Rabu.
Lapan pelajar UMK menerima komputer riba yang disumbangkan oleh syarikat Celcom Axiata Berhad pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai lapan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) daripada golongan keluarga asnaf menerima komputer riba yang disumbangkan oleh syarikat Celcom Axiata Berhad.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Profesor Dr Razli Che Razak berkata, sumbangan berkenaan adalah inisiatif Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UMK.

"Sumbangan ini adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) khususnya dalam memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Insya-ALLAH dengan inisiatif ini, ia dapat meringankan beban pelajar UMK daripada keluarga B40 dan golongan asnaf yang menghadapi masalah kesukaran terutamanya ketika mengikuti proses pembelajaran secara dalam talian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Majlis penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Pengurus Besar Perhubungan Kerajaan Celcom Axiata Berhad, Fadzly Kamaruzaman di Bilik Mesyuarat Lembaga Senat, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Tanggungjawab Korporat dan Perhubungan Kerajaan Celcom Axiata Berhad, Areehan Abdullah.

Artikel Berkaitan: