Kerajaan digesa kemuka rancangan tangani diskriminasi pendidikan

Teo Nie Ching
Teo Nie Ching
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengemukakan rancangan untuk menangani diskriminasi sistem pendidikan di negara ini.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, keperluan itu bersandarkan hasil dapatan tinjauan yang dilakukan bawah kempen Sekolah Semua dan Architects of Diversity Malaysia (AOD) Malaysia pada 1 hingga 10 September lalu.

Menurutnya, usaha Sekolah Semua dan AOD Malaysia perlu dihargai.

“Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad perlu mengadakan mesyuarat dengan Sekolah Semua dan AOD Malaysia dalam masa terdekat untuk membincangkan hasil tinjauan mereka.

“lni juga selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, lsmail Sabri Yaakob.

“Kerajaan Ismail Sabri harus berusaha untuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi dalam usaha mencerminkan konsep ‘Keluarga Malaysia’, ” katanya pada sidang akhbar di Bilik Media Parlimen pada Selasa.

Tinjauan nasional ‘Diskriminasi dalam Pendidikan’ itu membabitkan 2,441 responden dan mendapati kira-kira 50 peratus rakyat Malaysia melaporkan mereka mengalami diskriminasi dalam pendidikan.

Daripada jumlah tersebut, 36 peratus mengalami diskriminasi lisan, 21 peratus mengalami gangguan atau buli dan 18 peratus dinafikan akses kepada peluang disebabkan identiti mereka.

Artikel Berkaitan:

Katanya, cadangan dan rancangan untuk menghapuskan sebarang persepsi negatif terhadap sistem pendidikan kebangsaan perlu dikemukakan dan harus dijadikan sebagai KPI 100 hari untuk kedua-dua Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi.