X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 27 Oktober 2021

PICK: Kerajaan belanja RM314 juta

Petugas kesihatan melakukan persiapan sebelum memberikan dos pertama suntikan vaksin COVID-19 kepada sebahagian pelajar tingkatan 4 dan 5 sekolah kerajaan di negeri ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja bermula hari ini ketika tinjauan di pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Sri Tunjong.
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM314 juta daripada RM1 bilion yang diperuntukkan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah digunakan oleh kerajaan setakat 30 Ogos lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebahagian besar perbelanjaan tersebut iaitu sebanyak 83.2 peratus digunakan bagi tujuan sewaan utiliti perkakasan, peralatan pakai habis, pembersihan dan sanitasi serta makan minum petugas.

“Kedua ialah perbelanjaan bayaran token bulanan sukarelawan dan keselamatan yang merangkumi sebanyak 9.7 peratus.

“Ketiga adalah integrasi data dan sistem yang meliputi enam peratus daripada perbelanjaan manakala sebanyaka 1.1 peratus diperuntukkan bagi bayaran perkhidmatan jangkauan luar komuniti dan perkhidmatan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Zakaria Mohd. Edris (Bersatu-Libaran) mengenai jumlah perbelanjaan bagi program vaksinasi di seluruh negara mengikut Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Parlimen pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, perbelanjaan itu dikendalikan oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dan ia turut disalurkan kepada negeri, jabatan serta agensi yang terlibat seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam(APM).

Menurutnya, jumlah sukarelawan yang terlibat dalam pelaksanaan PICK adalah seramai 34,054 petugas yang terdiri penjawat awam, KBS, pasukan anggota keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa kerajaan juga berjaya meminimumkan risiko pembaziran ketika proses pemberian vaksin Covid-19 yang kini telah mencapai sebanyak 40 juta dos.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!