X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Galak orang ramai derma darah bantu pesakit memerlukan

Rizam (dua dari kiri) pada Program Derma Darah DUN Sungai Air Tawar di Pejabat ADUN Sungai Air Tawar, Sabak Bernam pada Sabtu.
A
A

SABAK BERNAM - Orang ramai diminta tampil menderma darah bagi memastikan perawatan kepada pesakit yang memerlukan transfusi darah tidak terjejas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail berkata, bekalan stok darah negara perlu sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan prosedur transfusi darah seperti kes kemalangan, pembedahan dan juga rutin seperti pesakit thalasaemia.

Menurutnya, difahamkan bekalan darah semakin berkurangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilaksanakan 1 Jun lalu.

"Penurunan kutipan darah itu berkemungkinan disebabkan oleh sekatan pergerakan dan kurangnya penderma di lokasi pendermaan kerana bimbang penularan Covid-19.

"Bekalan darah sedia ada tidak akan mampu bertahan sekiranya kurangnya penderma tampil untuk menderma," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Derma Darah DUN Sungai Air Tawar di Pejabat ADUN Sungai Air Tawar, di sini pada Sabtu.

Rizam yang juga Ketua Pembangkang DUN Selangor berkata, golongan muda diminta hadir menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan dan pada masa sama boleh menyihatkan tubuh badan.

Mengulas mengenai program itu, Rizam memberitahu, program itu antara inisiatif utama yang dianjurkan setiap tahun di DUN Sungai Air Tawar.

"Saya sentiasa berkempen untuk menggalakkan masyarakat datang ke program derma darah yang dianjurkan mana-mana pihak termasuk program di peringkat DUN ini.

"Dua program derma darah yang kita anjurkan sebelum ini mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja daripada penduduk di DUN ini, malah ada yang datang dari kawasan lain seperti DUN Sekinchan," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!