Covid-19: KKM kenal pasti tapak hospital medan di Tawau

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti tapak untuk mendirikan hospital medan di Tawau, Sabah bagi pesakit Covid-19 di kawasan itu.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan akan menyediakan kira-kira 100 katil dengan kemudahan peralatan pernafasan dan silinder oksigen mencukupi di kawasan pantai timur Sabah itu untuk menambah kapasiti bagi rawatan Covid-19.

Beliau berkata, KKM mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Sabah selain akan memantau dari semasa ke semasa sekiranya ada negeri lain yang menunjukkan peningkatan kes dan memerlukan kemudahan oksigen, di samping memastikan jumlah katil dengan kemudahan oksigen cukup.

“KKM akan tubuhkan satu Rapid Deployment Unit iaitu modular Unit Rawatan Rapi (ICU) dan peralatan oksigen boleh dihantar dengan cepat ke mana-mana negeri yang ada lonjakan kes mungkin sekiranya varian baharu muncul, isu ini akan dipastikan tidak berlaku,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai kekurangan katil di fasiliti kesihatan Sabah yang boleh menampung pesakit Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: