X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

UAE, Singapura sumbang 400,640 vaksin kepada Johor

HASNI
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri Johor akan menerima sumbangan 400,640 dos vaksin Covid-19 dari Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam masa terdekat.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, sumbangan vaksin dari UAE merupakan usaha dilakukan bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini Menteri Kanan (Pertahanan).

Menurutnya, sumbangan vaksin dari Singapura diberikan sebagai tanda persahabatan erat antara Johor dan republik itu.

"UAE akan menyumbangkan 300,000 dos vaksin SinoPharm. Pada masa terdekat ini, Singapura akan menyumbang 100,640 dos vaksin Pfizer kepada kerajaan Johor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14 pada Isnin.

Hasni berkata, jumlah vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi tempoh 1 Mac sehingga 5 September lalu adalah sebanyak 4,713,800 dos.

"Vaksin yang diterima ini merangkumi vaksin Pfizer dengan jumlah sebanyak 2,460,510 dos, vaksin Sinovac (1,842,540 dos) dan Astrazeneca sebanyak 410,750 dos," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi meringankan beban kerja Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik diambil pelbagai agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPAM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"JKNJ juga melancarkan inisiatif Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) secara virtual bagi mengurangkan kesesakan di semua 11 CAC fizikal yang beroperasi di Johor sekali gus mengurangkan bebanan petugas," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!