Dadah RM50.86 juta cuba diseludup masuk melalui Malaysia

Pasukan PGA menjaga sempadan Malaysia-Thailand. Gambar hiasan.
Pasukan PGA menjaga sempadan Malaysia-Thailand. Gambar hiasan.
A
A
A

NARATHIWAT - Polis Thailand berjaya merampas dadah bernilai lebih 400 juta baht (RM50.86 juta) yang dipercayai untuk diseludup ke negara ketiga melalui Malaysia dalam operasi selama sebulan di selatan Thailand.

Ketua Biro Pencegahan Narkotik Thailand (NSB) Lt. Jen. Montri Yimyam berkata, beberapa siri serbuan di 35 kawasan di empat wilayah di selatan membawa kepada rampasan 599 kilogram dadah jenis ‘ice’ dan heroin sebanyak 193 kilogram.

Tiga daripada wilayah -Songkhla, Narathiwat dan Yala - di mana operasi itu dijalankan berjiran dengan Malaysia dengan wilayah yang satu lagi adalah Pattani.

Montri berkata, dalam satu sidang media di sini, siasatan awal polis mendapati dadah itu akan diseludup masuk ke Malaysia sebagai lokasi transit sebelum dibawa ke Australia.

“Kita akan mempergiatkan kerjasama dengan polis negara Malaysia dalam usaha menumpaskan rangkaian pengedar dadah rentas sempadan,” katanya

Sementara itu, Montri berkata NSB turut menyita pelbagai aset bernilai lebih 50 juta baht daripada tiga sindiket dadah dan turut menahan 15 orang dalam beberapa siri serbuan di selatan Thailand. - Bernama

Artikel Berkaitan: