X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Tujuh kluster baharu dikesan di Sarawak

Gambar hiasan.- Foto Bernama
A
A

KUCHING - Tujuh kluster baharu Covid-19 dikesan di Sarawak dengan empat daripadanya melibatkan kluster komuniti, dua kluster tempat kerja dan satu kluster institusi menjadikan jumlah kluster aktif di negeri ini berjumlah 89.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat kluster komuniti berkenaan ialah Kluster Lorong Merbau, Kluster Kampung Pulo Ulu, Kluster Taman Malihah dan Kluster Kampung Pandan.

“Kluster Lorong Merbau melibatkan beberapa keluarga di Lorong Merbau, Kampung Rampangi Fasa 2, Jalan Sultan Tengah, Kuching dengan 22 individu didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan ke atas 23 individu.

“Kluster Kampung Pulo Ulu melibatkan sebuah kampung di Jalan Kampung Panglima Haji Seman Ulu, Petra Jaya, Kuching dengan 23 orang didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan 119 individu,” kata JPBN.

Kluster Taman Malihah pula melibatkan sebuah kawasan taman perumahan di Jalan Batu Kawa-Matang, Matang, Kuching dengan 40 individu didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan 176 individu.

Selain itu, Kluster Kampung Pandan melibatkan beberapa ahli keluarga di sebuah kampung yang terletak di Jalan Belungei, Pandan, Lundu dengan sembilan individu didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan 29 individu.

Menurut kenyataan itu, kluster tempat kerja pula iaitu Kluster Jalan Buan melibatkan sebuah restoran di Jalan Buan, Pasar Baru Tatau, Tatau dengan 12 individu didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan 21 individu.

“Satu lagi kluster tempat kerja ialah kluster Jalan Ding Lik Kwong Dua melibatkan kediaman sebuah syarikat pendawaian yang terletak di Jalan Ding Lik Kwong, Sibu dengan 15 individu didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan 30 individu,” menurutnya.

Sementara itu, Kluster Jalan Stutong Baru merupakan kluster institusi melibatkan penghuni sebuah pusat penjagaan warga emas di Jalan Stutong Baru, Kuching dengan 22 individu didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan 115 individu.

Hari ini, Sarawak mencatatkan sebanyak 581 kes baharu Covid-19. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!