Lebih 13,000 kanak-kanak di NS dijangkiti Covid-19 sejak tahun lalu

Seramai 13,893 kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah di Negeri Sembilan dijangkiti Covid-19 sejak tahun lepas sehingga kini. Gambar hiasan
Seramai 13,893 kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah di Negeri Sembilan dijangkiti Covid-19 sejak tahun lepas sehingga kini. Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 13,893 kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah di Negeri Sembilan dijangkiti Covid-19 sejak tahun lepas sehingga kini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S Veerapan.

Beliau berkata daripada jumlah itu 13,357 individu atau 96 peratus melibatkan kes kanak-kanak yang dilaporkan tahun ini hingga Rabu lepas.

"Majoriti kes kanak-kanak yang disahkan positif Covid-19 berada pada tahap satu dan dua," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau terdapat dua orang kanak-kanak meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di negeri ini. -Bernama

Artikel Berkaitan: