Papagomo mengaku tak salah aib, cederakan Syed Saddiq

Wan Muhammad Azri tidak perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sebaliknya hanya perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan.
Wan Muhammad Azri tidak perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sebaliknya hanya perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan.
A
A
A

KAJANG - Blogger Papagomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi atas dua pertuduhan termasuk mengaibkan dan mendatangkan kecederaan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Wan Muhammad Azri, 36, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.

Mengikut pertuduhan pertama Papagomo yang merupakan Exco Pemuda UMNO itu didakwa telah mengaibkan kehormatan Syed Saddiq, 27, dengan menyebut perkataan iaitu 'ko bodoh'.

Bagi kesalahan itu dakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, bapa lima anak itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan pada mangsa sama di bahagian leher dan bahu yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan, Jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian di sini pukul 11.05 pagi pada 16 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria menawarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin selain pasport mencadangkan supaya menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Wan Muhammad Azri yang diwakili peguam Nik Saiful Adli Burhan bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh mempunyai tanggungan keluarga lima orang dan telah memberi kerjasama dengan pihak berkuasa apabila datang sendiri ke mahkamah selepas dihubungi polis.

"Mangsa merupakan seorang menteri yang mempunyai pengawal peribadi maka mahkamah tidak perlu khuatir kerana sekiranya diganggu, mangsa boleh membuat laporan polis," katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Papagomo diikat jamin RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 1 April untuk sebutan kes.

Wan Muhammad Azri tidak perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sebaliknya hanya perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan.