Sila log masuk terlebih dahulu.

Amang seksual: Pengasas pusat tahfiz mengaku tidak bersalah

A
A
A
BERITA SEMASA 17 MEI 2023

Pengasas sebuah pusat tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap tiga pelajarnya, sejak tahun lepas, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Muhammad Firdaous Abdul Rashif, 40, yang merupakan warganegara Singapura dituduh dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd Sabri Ismail.

Beliau didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga pelajarnya, masing-masing berusia 13 tahun 9 bulan, 14 dan 15 tahun di dalam bilik di rumah guru Pusat Tahfiz Al-Islah Tanjung Minyak pada 20 Julai 2022 serta Mac 2023

Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat.

Artikel: https://bit.ly/3o8HxX7

Muzik: www.bensound.com