'Boleh siasat di JPP kenderaan milik siapa'

Muhammad Sanusimeminta mana-mana pihak yang tertanya-tanya dengan identiti pemilik kenderaan Ford Raptor yang tular supaya membuat semakan di JPJ. Ford Raptor
Muhammad Sanusimeminta mana-mana pihak yang tertanya-tanya dengan identiti pemilik kenderaan Ford Raptor yang tular supaya membuat semakan di JPJ. Ford Raptor
A
A
A

SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor meminta mana-mana pihak yang tertanya-tanya dengan identiti pemilik kenderaan Ford Raptor yang tular supaya membuat semakan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Muhammad Sanusi berkata, beliau sendiri akan membeli kenderaan tersebut sekiranya mampu dan akan membuat pinjaman bank jika kurang kemampuan.

"Boleh siasat di JPJ, saya ada duit, boleh beli. Sampai kereta pun hangpa (kamu) ikut (perkembangan). Bukan kereta (harga) juta-juta (ringgit).

"Saya nak beli apa pun, insya-ALLAH, saya beli. Tak ada duit, saya hutang daripada bank buat pinjaman," katanya ketika diminta mengulas berhubung perkara tersebut.

Beliau ditemui ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Amanjaya Sports Arena Sungai Petani di sini pada Jumaat.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial foto sebuah Ford Raptor yang diparkir di satu kawasan di Sik yang dikaitkan dengan Muhammad Sanusi.

Bagaimanapun, semakan mendapati hantaran di media sosial berkenaan telah dipadamkan.

Sementara itu, Muhammad Sanusi secara berseloroh berkata, setakat ini beliau hanya membuat pembelian sebuah skuter kanak-kanak, basikal dan tudung saji.

Artikel Berkaitan:

"Saya ada beli skuter untuk anak saya satu, boleh pergi amik gambar di Mentaloon. Tapi skuter itu kena guna kaki.

"Saya ada beli gerek (basikal), ada beli dua biji. Saya 'offer' (tawar) sesiapa nak pergi amik gambar, saya nak bawa keluar. Skuter, gerek ada beli, terbaharu iaitu tudung saji," katanya.

Muhammad Sanusi sebelum ini dikompaun sebanyak RM1,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika peri ke pusat pandu uji kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang.

Kes berkenaan mendapat perhatian umum selepas seorang wanita memuat naik gambar dan video berkenaan di Facebook.

Susulan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.